Skip to main content

Covid-19 , Musuh yang tak dapat dilihat.


Covid-19 | New Scientist
Covid-19, penyakit yang tidak lagi asing bagi masyarakat di seluruh dunia. Covid-19 telah diklasifikasikan sebagai pandemik oleh WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) iaitu kejadian wabak seantero dunia yang merentasi wilayah dan melibatkan populasi sedunia. (Sumber: Astro Awani)

Covid-19 yang merebak sejak bulan Januari tahun ini telah menjadi musuh semua masyarakat di seluruh pelosok dunia. Pada waktu saya menulis blog ini, terdapat 605 262 orang yang masih dirawat dan angka korban sebanyak 27 607 di dunia disebabkan oleh wabak ini.

Wabak Covid-19 ini telah menjadi mimpi ngeri negara dan juga masyarakat sehingga mencetuskan fenomena panic-buying. Stok bekalan makanan dan stok barangan penjagaan kebersihan begitu banyak dipajak oleh golongan panic-buying ini. Akan tetapi, fenomena ini telah menunjukkan sikap sebenar manusia yang egois.

Membeli barangan dengan begitu banyak sehingga tidak memikirkan keperluan orang lain tidak akan menyelamatkan anda daripada wabak ini. Jangan pentingkan diri dan juga boros. Beli dalam kadar yang mencukupi sahaja.  Saya berharap agar sesiapa sahaja yang membaca penulisan ini untuk tidak mementingkan diri semasa membeli kerana semua orang berada dalam keadaan resah pada waktu ini. Semua orang berharap agar bekalan keperluan mereka mencukupi. Kita bersama-sama resah bersemuka dengan musuh yang tidak dapat dilihat ini.

Untuk para peniaga, janganlah mengambil kesempatan semasa wabak ini melanda. Barang keperluan jangan ditapuk dan janganlah anda menaikan harga barang sesuka hati. Sekiranya anda (pembeli) mendapati terdapat peniaga yang tidak bertanggungjawab, sila buat laporan kepada Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia.

Akibat daripada wabak ini juga, saya begitu sedih dengan apa yang berlaku di seluruh dunia. Negara yang mempunyai kes yang tinggi sudah tentu berhadapan dengan pelbagai cabaran. Terutamanya bagi golongan yang memerintah, golongan yang berada di barisan hadapan dan juga golongan yang kehilangan pekerjaan akibat wabak ini. Bilangan kes wabak ini juga nampaknya tidak akan menurun pada waktu yang terdekat.

Pada waktu ini, trend peningkatan kes Covid-19 dapat dilihat di seluruh dunia. Peningkatan kes Covid-19 di sesebuah negara menjadikan petanda untuk Pekerja Kesihatan bekerja lebih masa. Mereka juga tidak dibenarkan membuat contact dengan ahli keluarga, bayangkan mereka hanya mampu melambai dan melihat dari jauh sahaja pasangan mereka dan anak-anak mereka. Mereka berperang dengan penyakit  yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.  dan mereka juga mempertaruhkan kesihatan dan nyawa mereka dalam menentang wabak ini. Terima kasih warga kesihatan dan tidak dilupakan juga mereka yang berkhidmat dalam essential services pada waktu ini.

Kejatuhan ekonomi juga telah melanda di seluruh negara yang terjejas. Pada waktu ini, terdapat negara yang berada dalam keadaan total lockdown. Sektor-sektor pengeluaran keperluan sudah pastinya akan terhenti dan pengeluaran keperluan dan barangan akan menjadi terhad rentetan daripada keadaan ketika ini. Keadaan ini menyebabkan ekonomi negara menjadi lemah.

Namun begitu, dalam keadaan yang lemah ini. Kerajaan di seluruh negara nampaknya begitu prihatin akan nasib rakyat mereka sehingga mengambil pelbagai inisiatif untuk membantu negara dan rakyat mereka. Pada waktu peperangan menentang wabak Covid-19 ini, kita dapat lihat kepimpinan yang telus sehingga terdapat air mata para pemimpin yang melimpah jatuh ke bumi. Kepimpinan bukan lagi berlandaskan kepentingan diri mahupun kepentingan politik akan tetapi untuk kepentingan rakyat,negara dan generasi yang seterusnya.

Saya mengharapkan kerjasama antara rakyat dan pemerintah bukan sahaja di Malaysia akan tetapi juga di seluruh negara akan diperkukuhkan lagi untuk membendung wabak ini. Saya berharap masyarakat juga mendengar nasihat pemerintah dan janganlah menggugat perpaduan yang sedia ada pada waktu ini. Saya juga berharap frontliner di Malaysia dan seluruh dunia akan meneruskan perjuangan mereka. Jangan mengalah dan kekal bertahan kerana begitu ramai masyarakat yang meletakkan harapan pada ahli-ahli perubatan untuk menentang Covid-19. Bersama-sama kita bekerjasama dengan pemerintah dan pekerja kesihatan untuk menghapuskan musuh yang tak dapat dilihat. Kita terjatuh pada waktu ini dan kita perlu bangkit semula.

Jangan lupa untuk kekal menjaga kebersihan diri dan mengamalkan penjarakan sosial.
#StayHomeSaveLives

Disediakan oleh,
Chester Axton Bin Balang.

Comments

Popular posts from this blog

STPM TIPS!

I was one of the STPM 2018-2019 students. In 2018, I posted for the first and the last time. So here's an update about my life and I wanna reach out to all my STPM peeps in Malaysia. So let me summarize what had happened during my STPM years. First Sem was good, scored 2A's and 2B's Second Sem was extraordinary, achieved 4.00 CGPA Third Sem it was all okay 3A's and 1D+. But luckily I managed to get 4A's for the first semester because I repeat the 2B's subjects. I suggest students repeat bcs its a chance to improve! The overall result, wasn't like how I expected it to be but I'm grateful for 3.83 CGPA bcs it wasn't easy yea. So here's what I wanna share. My tips and on my mistakes. I wish this could help you if you are a sixth form student. Source : Google Image 1) Time management This is very crucial. if you can manage your time for course works, studies and kokum you will be able to learn effectively. ...

Passing through the Dark Days.

I've been brainstorming for quite a long time about what should I write on my blog. Politics, Life, Experience, Motivation and many more. Yet I wasn't able to pick which topics I would spend my time writing. Today, I saw a video in my Youtube recommendation with the title "An old man advice" & "A old man advice". He talked about how he goes through his tough times, how he appreciates young people and many more about his life experiences.  Below is the link to the videos : https://www.youtube.com/watch?v=9fvETktnaRw  (An Old Man Advice 2014) https://www.youtube.com/watch?v=JhckVlgYZJE  (A Old Man Advice 2015) After hearing his life experience I would say that it made me realised that, we the young people are actually the assets of our country and also the world. In the future, we are the one who will decide either we can reach that better future that we hope for. Sadly, we always looked at our tough times as somethin...

Uni Course Updates (UNIMAS INTERNATIONAL STUDIES) & Online Learning Experience!

Hello everyone! Chester is back with his writing! It has been a long time since I update my blog. So I would like to make an updates on what was going on for the past few months 😅 So after I finished my STPM, I was accepted into UNIMAS and I took International Studies. It has been my passion to study for this course since I was in form 6 and I am lucky to be accepted for this course. FYI, UNIMAS International Studies or also known as International Relation was my first choice in UPU. I am BEYOND GRATEFUL to be where I am now. Eh btw, if you guys are looking for STPM tips, I had posted on here in my blog! Go and find it 👀😋. Everything was based on my personal experience and I hope it can help a bit! It was rarely can be found about the course that I took, but basically for this first semester, the course itself focuses on the broad topics of social sciences. I just finished the first semester of year 1 and what I learned was Introduction to Anthropology & Sociology, Communication...