Covid-19, penyakit yang tidak lagi asing bagi masyarakat di seluruh dunia. Covid-19 telah diklasifikasikan sebagai pandemik oleh WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) iaitu kejadian wabak seantero dunia yang merentasi wilayah dan melibatkan populasi sedunia. (Sumber: Astro Awani) Covid-19 yang merebak sejak bulan Januari tahun ini telah menjadi musuh semua masyarakat di seluruh pelosok dunia. Pada waktu saya menulis blog ini, terdapat 605 262 orang yang masih dirawat dan angka korban sebanyak 27 607 di dunia disebabkan oleh wabak ini. Wabak Covid-19 ini telah menjadi mimpi ngeri negara dan juga masyarakat sehingga mencetuskan fenomena panic-buying. Stok bekalan makanan dan stok barangan penjagaan kebersihan begitu banyak dipajak oleh golongan panic-buying ini. Akan tetapi, fenomena ini telah menunjukkan sikap sebenar manusia yang egois. Membeli barangan dengan begitu banyak sehingga tidak memikirkan keperluan orang lain tidak akan menyelamatkan anda daripada...